AI

Quotes by Anwar Ibrahim

"
Jurang kemiskinan antara yang kaya dan miskin mesti diberi tumpuan. Jurang mesti dirapatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.
"
Kenapa kita anjurkan reformasi? Kerana kita percaya bahawa negara ini harus bangun dari sikap lama dan usang ke arah masa depan yang gemilang dan bermaruah.
"
Tradisi ilmu itu penting. Kita berjuang kerana maklumat dan fakta. Kita berjuang kerana cita-cita murni untuk membawa perubahan dan ini bagi saya tidak boleh ditinggalkan dalam arena perjuangan politik kita.
"
Malaysia harus terus dipacu dengan gagah dan bertenaga, berdiri sebagai sebuah Negara merdeka yang adil lagi demokratik berpaksi keluhuran perlembagaan. Negara ini tidak mempunyai ruang untuk ditadbir secara cemerkap, nanar dan tidak berhala tuju jelas.
"
Dalam politik tidak ada masa untuk kita rasa letih atau kecewa sehingga matlamat perjuangan itu tercapai.
"
Misi membudayakan rakyat dengan membaca buku hanya boleh tercapai tatkala semua pihak merangkul tenaga, bermula daripada ibu bapa di rumah sehinggalah kepada pucuk pimpinan negara.
"
Ilmu yang bermanfaat untuk rakyat digarap daripada hasil pembacaan buku yang bermutu. Dengan luasnya akses kepada bahan bermutu, kecerdasan dan kematangan sesebuah masyarakat akan meningkat.
"
Allah is my witness. I will not be silent. I will never surrender.
"
Dalam negara majmuk seperti Malaysia, adalah tanggungjawab setiap orang Islam untuk membela mereka yang lemah dan yang melarat tanpa diambil kira latar belakang kaum dan agama. Sekiranya ini tidak atau gagal difahami umat Islam, maka kita masih jauh untuk dipandang sebagai umat yang cakna dan progresif.
"
Free and quality education is a fundamental liberty